Oct 25, 2013

Wanita , dirimu sangat berharga :')


Assalamualaikum :) ni haaaaa. hari niee, syerah nak kongsikan sedikit ilmu. wanita, sedarlah. diri mu sangatt berharga. Pertama , syerah tahu, terkadang kita tertanya tanyaa misalnyaa kenapa aurat wanita lebih susah dijaga berbanding lelaki. haaa nak tahu kenapa ? keranaa benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta di simpan ditempat yang teraman dan terbaik. sudah pasti intan permata tidak akan dibiarkan terserak kan? itulah bandingannya dengan seorang wanita :) 

 Kedua , mesti kita tertanya kenapa si isteri kene meminta izin dari suami dahulu jika hendak keluar rumah tetapi tidak sebaliknyaa. nak tahu kenapa ? keranaa wanita perlu taat kepada suami. tetapi, tahukah lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama daripada taat kepada bapanyaa? tahu kan ? baguslah :)


Ketiga , kenapaa wanita menerima lebih sedikit warisan daripada lelaki. nak tahu kenapaa? memang wanita menerima warisan lebih sedikit drpada lelaki, tetapi tahukah harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya . sementara itu, apabila lelaki menerima warisan , ia wajib dan perlu juga menggunakan hartanya itu untuk anak anak dan isterinya. faham ? :) 

Keempat , kenapa wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. nak tahuu kenapa ? memanglah wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak. tetapi tahukah bahawa setiap  saat dia didoakan oleh segala makhluk , malaikat , dan seluruh makhluk Allah di muka bumi ini. dan tahukah apabila ia meninggal dunia ketika melahirkan anak adalah syahid dan syurga menantinya ? :')




Kelima , kenapa wanita perlu taat kepada suaminya sedangkan lelaki tidak perlu taat kepada isterinya. kenapa? keranaa wanita boleh memasuki pintu syurga yang mana pintu yang disukainyaa , cukup dengan 4 syarat sahaja. iaitu , solat 5 waktu , puasa di bulan ramadhan , taat kepada suaminya dan menjaga kehormatannya. senangkan ? :)

Masya ALLAH ! Demikian sayangnya Allah pada wanitaa :'( kenapa kita tidak pernah menyedarnya ? jum sama sama jadi wanita solehah ? Wanita , dirimu begitu berharga . bersyukurlah ;) 



JADILAH WANITA SOLEHAH , WANITA MUKMINAH :')