Jun 13, 2014

Alhamdulillah. rahsia hati tenangg :')

Salam Jumaat semuaaaa :') sebelum tu, Lets Pray For Gaza. kita berdoa untuk saudara islam kita di sana ye. moga moga Allah kabulkan doa kita. angkatkan kedua dua tangan dan amiinkan doa nie ye :')

" YA ALLAH , sebagaimana Engkau pernah menghantar burung-burung ababil untuk menghancurkan tentera bergajah Musyrikin , maka kami bermohon kepada Mu Ya Allah , Turunkanlah bantuan Mu kali ini kepada umat Islam di Palestin . Hancurkanlah rejim Zionis yang kejam Ya Allah . Hanya padamu kami meminta pertolongan Ya Allah .  Aminnn . "


Alhamdulillah. terima kasih sebab sudi doakan :) jangan lah kita jadi orang yang paling kedekut. kedekut untuk mendoakan orang lain. Nauzubillah. moga Allah memberikan yang terbaik untuk kita. Amiin. ni haaa kembali ke topik. actually. buat entry ni sebab sekarang syer rasa dok sedap hati. rasa dok best. hati dok terlalu gembira. sedihh. stress. and banyak lagi. senang cakap gangguan emosi lah. hmmm :( but. takdelah serius sangat. rasa macam tercekik tulang ayam jeee ><

then. selesai solat isyak. syer pun rasa nak online. rasa nak search something. so i got thissss! cara cara nak tenangkan hati. terlintaslah dalam minda nak update blog pulak memalam buta ni. nak sharingg nii. baik kan? hahahahhaha. so letss gooo!

Seseorang akan disebut mengalami gangguan emosi jika keadaan emosi yang dialami menimbulkan gangguan pada dirinya. Baik karena emosi yang dialami terlalu kuat (misalnya sangat sedih), tidak ada emosi yang hadir ( misalnya tidak merasa bahagia ) atau emosinya menimbulkan konflik ( misalnya terlalu sering marah ). 

Bagaimana nak menangani rasa tak seronokk ni ?
Mungkin ada banyak cara. :) tapii. syer nak syorkan korang amalkan zikir niee ^^

Terdapat banyak zikir penenang hati yang boleh kita amalkan. 
contohnyaa : 


Subhanallah, walhamdulillah, wala ilaha illAllah wallahu akbar. 
( Maha suci Allah, Segala puji hanya untuk Allah, Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Allah Maha Besar )

 La haula wala quwata illa billah 
( Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah )



Manakala dibawah adalah contoh doa penenang hati yang boleh kita amalkan :)

Ya Allah … gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian,
di tempat kedukaan dgn kegembiraan
dan di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah , sejukkanlah gejolak hati ini dengan salji keyakinan
dan padamkanlah bara dijiwa dgn air keimanan.
Ya Allah .. buatlah mata yang tidak mahu lelap
merasa mengantuk yang memberi ketenangan,

dan letakkanlah di jiwa yang goncang ini kedamaian,
dan berilah balasan baginya
dengan kejayan yang sudah hampir

Ya Allah … halakanlah kebingungan pandangan hatiku kepada nur cahaya-MU
dan tindakan-tindakan ku yang keliru kpd jalan MU yang lurus..
dan palingkanlah org2 yang menyimpang dari jalan MU
kepada hidayah MU

Ya Allah … lenyapkanlah was-was dengan fajar cahaya kebenaran,
dan hapuskanlah jiwa yg resah dgn falak kebenaran,
dan tolaklah tipu daya syaitan dgn tentera bantuan-MU
dalam keadaan terhina.

Ya Allah  ,lenyapkanlah dukacita ku, hilangkanlah kesedihanku,
sembuhkanlah kesakitanku .. dan halaulah keresahan dari jiwaku …

Ya Rabb … Ya Tuhanku … Daku berlindung kpd-MU
dari rasa takut,kami bersandar dan berserah hanya kpd -MU,
Daku tidak meminta tolong melainkn kpd-Mu

Engkaulah pemelihara ku ….

sebaik2 pelindung dan penolong …

Ameen YA ALLAH :')


Amiin. Amin ya rabbal alamin. semoga doa ini dapat menenangkan hati kita semua :) kembalilah kepada Allah. itu yang penting :') dan semoga apa yang syer kongsikan ini dapat memberi manfaat kepada kawan kawan syer semua :) insyaAllah. papepunnn. La Tahzan. Allah bersamamu bersamaku. :')
Lailah Saedahhhh kesayangannn semuaaaa :* :D